Tuesday, January 2, 2024

Tip Menulis Pantas

Ada yang fikir setiap kali menulis, perlu terus sempurna dan kena 'panjang-panjang'. 

Idea awal sebenarnya yang paling mahal dan harus diluncurkan semasa masih segar dalam ingatan. 

Antara tip menulis pantas yang boleh dipraktikkan adalah:

1. Sentiasa sediakan tapak untuk menulis idea atau ilham supaya tidak hilang atau dilupakan. 

Paling disarankan post-it note atau buku memo kecil yang mudah dibawa. Tulis kata kunci atau isi penting sahaja dahulu. Karangannya boleh menyusul kemudian. 

Boleh juga menggunakan aplikasi di telefon pintar, tapi awas takut terleka dengan aplikasi lain yang boleh mengganggu tumpuan kita.

Ada yang menulis di Facebook dan set status sebagai Only Me. Pun ok juga. Letakkan tanda pagar yang sesuai supaya mudah dirujuk semula.

2. Menulis di awal pagi.

Tak kisah menulis kertas kerja, tugasan atau menyiapkan manuskrip. Waktu yang paling sesuai ketika minda masih segar dan kurang gangguan dengan rutin harian. Boleh fokus tulis selama 15 minit atau sasarkan 500 perkataan (lebih kurang 2 muka surat).

3. Tulis sahaja apa yang terlintas di fikiran tanpa memikirkan kesalahan ejaan, bahasa atau ketepatan fakta. 

Biarkan mengalir idea dan tulis mengikut apa yang ada dalam fikiran. Edit dan semak kemudian.


No comments:

Post a Comment

Cara Menulis Setiap Hari

Sukarkah menulis setiap hari? Kadang dalam tak sedar, kita memang sentiasa menulis di platform media sosial sama ada di status sendiri atau ...