Tuesday, January 2, 2024

Cara Menulis Setiap Hari

Sukarkah menulis setiap hari?

Kadang dalam tak sedar, kita memang sentiasa menulis di platform media sosial sama ada di status sendiri atau komen di status rakan. Ada juga yang berkongsi pendapat, idea di grup Whatsapp. Kita banyak menulis cuma tak sedar.

Tapi untuk yang serius menulis, perlu terapkan latih tubi menulis setiap hari untuk momentum dan konsisten.

Pilih tapak untuk menulis. Mana yang kita selesa dan apakah tujuan menulis.

Jika mahu siapkan manuskrip buku atau e-book, platform blog antara yang sesuai untuk membangunkan isi kandungan.

Update blog setiap hari. Publish.

Tulis dari mana-mana bab, tak semestinya mengikut turutan bab. Bebas. Biar idea meluncur laju.

Tetapkan untuk update sekurang-kurangnya 1 post setiap hari. 1 perenggan atau 2 baris pun memadai jika buntu atau kesuntukan masa. Pilih satu waktu untuk post. Pagi atau malam sebelum tidur.

1 post setiap hari, sebulan sudah dapat 30 entri.




Tip Menulis Pantas

Ada yang fikir setiap kali menulis, perlu terus sempurna dan kena 'panjang-panjang'. 

Idea awal sebenarnya yang paling mahal dan harus diluncurkan semasa masih segar dalam ingatan. 

Antara tip menulis pantas yang boleh dipraktikkan adalah:

1. Sentiasa sediakan tapak untuk menulis idea atau ilham supaya tidak hilang atau dilupakan. 

Paling disarankan post-it note atau buku memo kecil yang mudah dibawa. Tulis kata kunci atau isi penting sahaja dahulu. Karangannya boleh menyusul kemudian. 

Boleh juga menggunakan aplikasi di telefon pintar, tapi awas takut terleka dengan aplikasi lain yang boleh mengganggu tumpuan kita.

Ada yang menulis di Facebook dan set status sebagai Only Me. Pun ok juga. Letakkan tanda pagar yang sesuai supaya mudah dirujuk semula.

2. Menulis di awal pagi.

Tak kisah menulis kertas kerja, tugasan atau menyiapkan manuskrip. Waktu yang paling sesuai ketika minda masih segar dan kurang gangguan dengan rutin harian. Boleh fokus tulis selama 15 minit atau sasarkan 500 perkataan (lebih kurang 2 muka surat).

3. Tulis sahaja apa yang terlintas di fikiran tanpa memikirkan kesalahan ejaan, bahasa atau ketepatan fakta. 

Biarkan mengalir idea dan tulis mengikut apa yang ada dalam fikiran. Edit dan semak kemudian.


Cara Menulis Setiap Hari

Sukarkah menulis setiap hari? Kadang dalam tak sedar, kita memang sentiasa menulis di platform media sosial sama ada di status sendiri atau ...