Tuesday, January 2, 2024

Cara Menulis Setiap Hari

Sukarkah menulis setiap hari?

Kadang dalam tak sedar, kita memang sentiasa menulis di platform media sosial sama ada di status sendiri atau komen di status rakan. Ada juga yang berkongsi pendapat, idea di grup Whatsapp. Kita banyak menulis cuma tak sedar.

Tapi untuk yang serius menulis, perlu terapkan latih tubi menulis setiap hari untuk momentum dan konsisten.

Pilih tapak untuk menulis. Mana yang kita selesa dan apakah tujuan menulis.

Jika mahu siapkan manuskrip buku atau e-book, platform blog antara yang sesuai untuk membangunkan isi kandungan.

Update blog setiap hari. Publish.

Tulis dari mana-mana bab, tak semestinya mengikut turutan bab. Bebas. Biar idea meluncur laju.

Tetapkan untuk update sekurang-kurangnya 1 post setiap hari. 1 perenggan atau 2 baris pun memadai jika buntu atau kesuntukan masa. Pilih satu waktu untuk post. Pagi atau malam sebelum tidur.

1 post setiap hari, sebulan sudah dapat 30 entri.




Tip Menulis Pantas

Ada yang fikir setiap kali menulis, perlu terus sempurna dan kena 'panjang-panjang'. 

Idea awal sebenarnya yang paling mahal dan harus diluncurkan semasa masih segar dalam ingatan. 

Antara tip menulis pantas yang boleh dipraktikkan adalah:

1. Sentiasa sediakan tapak untuk menulis idea atau ilham supaya tidak hilang atau dilupakan. 

Paling disarankan post-it note atau buku memo kecil yang mudah dibawa. Tulis kata kunci atau isi penting sahaja dahulu. Karangannya boleh menyusul kemudian. 

Boleh juga menggunakan aplikasi di telefon pintar, tapi awas takut terleka dengan aplikasi lain yang boleh mengganggu tumpuan kita.

Ada yang menulis di Facebook dan set status sebagai Only Me. Pun ok juga. Letakkan tanda pagar yang sesuai supaya mudah dirujuk semula.

2. Menulis di awal pagi.

Tak kisah menulis kertas kerja, tugasan atau menyiapkan manuskrip. Waktu yang paling sesuai ketika minda masih segar dan kurang gangguan dengan rutin harian. Boleh fokus tulis selama 15 minit atau sasarkan 500 perkataan (lebih kurang 2 muka surat).

3. Tulis sahaja apa yang terlintas di fikiran tanpa memikirkan kesalahan ejaan, bahasa atau ketepatan fakta. 

Biarkan mengalir idea dan tulis mengikut apa yang ada dalam fikiran. Edit dan semak kemudian.


Monday, December 18, 2023

Kepentingan Penyuntingan Kendiri

 Penyuntingan kendiri = sunting sendiri

Setiap penulis yang telah selesai manuskrip perlu melakukan penyuntingan sendiri dahulu sebelum dihantar kepada editor atau rumah penerbitan.

Langkah ini sangat penting untuk memastikan manuskrip bebas kesalahan major.

Selain itu, untuk memastikan manuskrip lebih kemas dan teratur.

Penulis perlu baca berulang kali, peram dan baca lagi.

Persediaan Sebelum Setup Blog

 1. Kenal pasti kandungan yang ingin ditulis

2. Sediakan sumber rujukan (buku, website berkaitan)

3. 


Ikut Tokoh Penulis

 1. Pilih tokoh penulis yang diminati

2. Kaji gaya cerita, gaya bahasa, cuba sendiri

3. Ikut rutin atau amalannya menulis

4. Jangan plagiat tapi tulis setiap hari untuk dapatkan rentak

Tip Menulis Pantas

 1. Senaraikan kata kunci atau sebarang idea yang terlintas (idea awal).

2. Boleh gunakan medium Facebook atau apa-apa aplikasi nota di telefon pintar (Google Keep paling mudah)

3. Bawa buku nota kecil dan pen bersama 

4. Gunakan post it note 

5. Tulis dulu idea yang mengalir, edit dan baca semula kemudian

5 Sebab Blog Penting Kepada Penulis

1. Sebagai bank penulisan

2. Sebagai tapak latih tubi menulis

3. Mudah diakses di komputer atau telefon pintar (selagi ada internet)

4. Konten kekal dan mudah dicari di Google

5. Membina tribe pembaca

Cara Menulis Setiap Hari

Sukarkah menulis setiap hari? Kadang dalam tak sedar, kita memang sentiasa menulis di platform media sosial sama ada di status sendiri atau ...